Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kanak Kanak Dan Sepupu Warga Myanmar Tipu Untuk Wang Tebusan Polis Serdang

Published: 06 May 2016 10.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Serdang, 6 Mei- Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar berumur 11 tahun sanggup berpakat dengan sepupunya dengan mereka cerita kononnya dirinya dikurung bagi mendapatkan wang tebusan daripada kakaknya sendiri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kanak-kanak-dan-sepupu-warga-myanmar-tipu-untuk-wang-tebusan-polis-serdang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:29 MYT

Serdang, 6 Mei- Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar berumur 11 tahun sanggup berpakat dengan sepupunya dengan mereka cerita kononnya dirinya dikurung bagi mendapatkan wang tebusan daripada kakaknya sendiri.

Kes itu terbongkar apabila polis menemukan kanak-kanak lelaki itu dalam tempoh 48 jam selepas menerima laporan daripada kakak kanak-kanak itu.

"Hasil maklumat dan siasatan yang dijalankan, kanak-kanak itu berjaya dijumpai dalam tempoh 48 jam selepas suspek (sepupunya) menghubungi kakak kanak-kanak itu (pada 1 Mei)," kata Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit berpakat dengan sepupunya berumur 23 tahun itu bagi mendapatkan wang tebusan untuk ke Australia.

"Siasatan mendapati kanak-kanak itu mereka cerita dia telah dikurung ... wang tebusan itu diminta untuk digunakan untuk ke Australia," katanya.

Megat Mohd Aminuddin berkata kanak-kanak itu dan sepupunya ditahan polis di Bangi, dekat sini, Isnin lepas.

Menurutnya, sepupunya telah membuat panggilan telefon kepada kakak kanak-kanak itu kononnya adiknya telah dikurung dan meminta wang tebusan RM40,000 pada 1 Mei lalu.

"Lelaki itu menggugut untuk menjual kanak-kanak itu sekiranya gagal menyediakan wang tebusan itu.

"Selepas berunding suspek bersetuju untuk menerima wang tebusan RM20,000 daripada kakak kanak-kanak itu," katanya.

Beliau berkata kanak-kanak dan sepupunya direman empat hari bermula Isnin lepas bagi membantu siasatan.- BERNAMA

ArticlePublished 06 May 2016 10.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM