Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
perhimpunan ini juga merupakan manifestasi gandingan 'accumulated experience' yang sentiasa ditambah baik melalui 'continuous improvement' dan PDRM juga mendukung falsafah 'learning institution' yang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kami-komited-kekalkan-keamanan-dan-kesejahteraan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT

..Kami yang sedang berkhidmat dalam pasukan pada hari ini, akan meneruskan usaha-usaha murni yang telah dimulakan oleh pucuk pimpinan terdahulu untuk menentukan negara kita terus aman dan sejahtera sepanjang masa.. - YDH Ketua Polis Negara


Kuala Lumpur , 23 Okt
 - "Walaupun cabaran semasa dan akan datang agak berbeza dari era terdahulu di mana jenayah kini lebih berbentuk transnasional dan dunia kini diselubungi kepesatan 'cyber-space', dunia dengan modus operandi jenayah yang telah berubah, dunia dengan corak pemikiran manusia yang telah berubah malah dunia dengan cuaca yang berubah, namun satu jaminan kami yang jitu adalah kami tetap akan meneruskan usaha menentukan PDRM mampu menangani perubahan-perubahan ini sejajar dengan kehendak semasa, agar PDRM terus relevan dalam dunia yang berubah," tegas YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, hari ini.

Berucap sempena Perhimpunan Perdana YAB Perdana Menteri Malaysia Bersama Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau turut menyatakan penghargaan kepada bekas-bekas dan pesara-polis yang telah berjuang selama perkhidmatan mereka di mana apa yang dikecapai sekarang ini adalah hasil daripada usaha-usaha dan keringat mereka.

Menurutnya lagi, perhimpunan ini juga merupakan manifestasi gandingan 'accumulated experience' yang sentiasa ditambah baik melalui 'continuous improvement' dan PDRM juga mendukung falsafah 'learning institution' yang sentiasa dinamik dalam memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat dan negara.

Dalam ucapannya juga, beliau mengambil kesempatan bagi mewakili bekas dan pesara polis yang telah berkhidmat pada zaman darurat untuk menyampaikan ucapan terima kasih di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri atas sumbangan tiga ribu ringgit kepada mereka (bekas-bekas Polis) seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 yang lalu.

Beliau turut mewakili PDRM bagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas perhatian khusus yang telah diberikan yakni peruntukan sebanyak RM 442 juta bagi projek-projek pembangunan PDRM dan peruntukan khas RM 200 juta untuk menaik taraf kelengkapan penugasan pegawai dan anggota PDRM.

Dalam pada itu, perhimpunan yang dihadiri sekitar 6000 orang ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, Mantan Ketua Polis Negara, YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Datuk Wira Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN merangkap Pengerusi jawatankuasa pengelola perhimpunan tersebut, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.


Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Bersama menyanyikan lagu Negaraku.

Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Ucapan aluan daripada YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Ucapan aluan daripada YAB Dato' Sri Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Perasmian Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Malaysia Dengan Pesara/Bekas Polis oleh YAB Dato' Sri Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Penyampaian Cenderahati Kepada Pesara/Bekas Polis oleh YAB Dato' Sri Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara

Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Upacara Melafaz Ikrar oleh Pesara/Bekas Polis.

Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
YAB Dato' Sri Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sempat bersalaman bersama pesara/bekas polis setelah selesai majlis.

Kami Komited Kekalkan Keamanan Dan Kesejahteraan Negara
Dari kiri.. YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara, YAB Dato' Sri Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri semasa sesi sidang media di akhir majlis.




Jurufoto   : Konst Raymond, Konst Santher
Wartawan : L/Kpl Irfan
Penyunting : C/Insp Norsuzila Bt Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM