Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kaki Judi Nekad Terjun Laut Elak Dicekup Polis

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.43 PM
George Town, 28 Julai - Sekumpulan kaki judi nekad terjun ke dalam laut bagi mengelak diberkas polis dalam 'Ops Dadu' di sebuah pondok nelayan berdekatan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kaki-judi-nekad-terjun-laut-elak-dicekup-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:36 MYT

George Town, 28 Julai - Sekumpulan kaki judi nekad terjun ke dalam laut bagi mengelak diberkas polis dalam 'Ops Dadu' di sebuah pondok nelayan berdekatan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata dalam serbuan pada 3 pagi itu, enam lelaki berusia antara 31 hingga 55 tahun ditahan sementara beberapa orang lagi nekad terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri.

"Mereka yang terjun, berenang kira-kira 100 meter ke tepian dan pantas melarikan diri serta masih belum dapat dikesan," katanya.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 52 keping kad pakau, wang sebanyak RM55 dari atas meja, selain wang dibawa kaki judi terbabit dipercayai untuk pertaruhan berjumlah RM3,930.

Kesemua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda RM5,000, jika sabit kesalahan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.43 PM