Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kadar Jenayah Negeri Sembilan Bagi 2013 Menurun

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
SEREMBAN, 31 Dis- Kadar jenayah di Negeri Sembilan sepanjang tahun 2013 menurun dengan ketara berbanding tahun sebelumnya hasil inisiatif dan program yang dilaksana kerajaan negeri dengan Polis Diraja..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kadar-jenayah-negeri-sembilan-bagi-2013-menurun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:41 MYT

SEREMBAN, 31 Dis- Kadar jenayah di Negeri Sembilan sepanjang tahun 2013 menurun dengan ketara berbanding tahun sebelumnya hasil inisiatif dan program yang dilaksana kerajaan negeri dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh berkata beliau menyerahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan untuk mengumumkan statistik lengkap berhubung perkara itu.

"Saya akan menganjurkan kepada Datuk Seri (Mohamad Hasan) untuk mengumumkan kadar penurunan jenayah di Negeri Sembilan, tapi setakat ini, Alhamdulillah memang ada penurunan yang agak ketara.

"Memang pihak kami menjangkakan ada penurunan seterusnya pada tahun depan dengan bantuan daripada semua pihak," kata beliau dalam sidang media selepas melancarkan program Inisiatif Omnipresence Stop and Talk PDRM Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata selain keberkesanan program PDRM, penurunan ketara kadar jenayah itu turut dibantu orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

"Untuk menurunkan kadar jenayah ini, mesti ada bantuan orang ramai seperti pada tahun ini, orang ramai banyak membantu kita selain laporan yang disiar oleh pihak akhbar," katanya.

Mengulas Inisiatif Omnipresence Stop and Talk, Osman berkata ia dilaksana untuk mendekatkan pihak polis dengan golongan belia khususnya 'mat rempit' bagi mendidik mereka agar mematuhi peraturan jalan raya dan mengelak mereka daripada terjebak dengan aktiviti jenayah.

Beliau berkata menerusi inisiatif ini, penunggang motosikal berkuasa besar yang mematuhi peraturan jalan raya akan dijadikan contoh kepada penunggang motosikal lain atau 'mat rempit', yang dilihat kerap melanggar peraturan jalan raya.

"Kita mahu memastikan semua penunggang motosikal dapat mematuhi peraturan jalan raya agar kita dapat membentuk generasi belia ini ataupun 'mat rempit' sebagai generasi muda yang bebas jenayah dan mematuhi peraturan jalan raya," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM