Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kadar Jenayah Indeks Terengganu Menurun 4 21 Peratus

Published: 17 Jun 2014 6.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
'Perkembangan itu memberi gambaran keberkesanan usaha membendung jenayah yang dilaksanakan di negeri itu dan kita harap orang ramai terus memainkan peranan lebih luas dalam memastikan kadar jenayah da..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kadar-jenayah-indeks-terengganu-menurun-4-21-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:48 MYT
ing="0" cellpadding="0" border="0" align="left" style="font-size: 11px;" class="content_kandungan">

Kuala Terengganu, 1 Julai - Polis Terengganu berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 4.21 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata ini berdasarkan penurunan kepada sebanyak 1,412 kes yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan pada tahun ini berbanding 1,474 tahun lalu.

Katanya kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan aktiviti dan program pencegahan jenayah yang dijalankan secara holistik dan agresif dengan bantuan dan kerjasama pelbagai pihak.

"Perkembangan itu memberi gambaran keberkesanan usaha membendung jenayah yang dilaksanakan di negeri itu dan kita harap orang ramai terus memainkan peranan lebih luas dalam memastikan kadar jenayah dapat terus dikurangkan.

"Penurunan indeks jenayah ini telah memberi impak yang positif iaitu mengurangkan ketakutan masyarakat terhadap jenayah," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Hamzah berkata, kontinjen Terengganu juga berjaya menyelesaikan 771 kes dalam tempoh berkenaan berbanding 1,412 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu beliau berkata Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa bersetuju untuk menganugerahkan surat kepujian kepada semua yang terlibat dalam penugasan PRU 13 baru-baru ini.

Surat kepujian tersebut akan diberikan kepada semua anggota, pegawai serta bantuan sumber manusia dari luar kontinjen Terengganu. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM