Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jurusolek Tawar Khidmat Seks Dijel Tiga Hari Denda Rm1 500

Published: 15 Apr 2015 6.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Akibat tersalah langkah menawarkan khidmat seks kepada anggota polis dua hari lalu, seorang jurusolek sambilan lelaki menerima padah apabila dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jurusolek-tawar-khidmat-seks-dijel-tiga-hari-denda-rm1-500
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT

Akibat tersalah langkah menawarkan khidmat seks kepada anggota polis dua hari lalu, seorang jurusolek sambilan lelaki menerima padah apabila dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Rehan Mohd. Aris menjatuhkan hukuman ke atas Alzival Ebno, 23, yang hadir ke mahkamah dengan berpakaian wanita selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh berbangsa Bajau dari Sabah itu bermula dari tarikh ditangkap 12 April lalu dan tertuduh boleh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada anggota polis dari Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Mohd. Zaki Hushariq Husin, 33, di hadapan kedai MyNews.com Jalan P. Ramlee, Dang Wangi di sini pada pukul 12.50 tengah malam, 12 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber :Utusan Malaysia

Jurusolek Tawar Khidmat Seks Dijel Tiga Hari Denda Rm1 500
ArticlePublished 15 Apr 2015 6.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM