Jumlah Pengasingan Pelatih Pulapol Kl Menurun Aktiviti Luar Masih Berjalan
Bukit
Aman, 16 Mac 2011 - "PULAPOL KL telah mengambil langkah yang ekstensif
terutama melibatkan kebersihan atas nasihat Kementerian Kesihatan dengan
menumpukan kepada beberapa tempat seperti dewan makan, asrama, kediaman
staf, dan zon latihan",ucap YDH Senior Asisten Komisioner Zulkifli bin
Mohamed, Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Dalam sidang media yang diadakan, beliau memberikan laporan terkini berkenaan penularan virus ADENOVIRUS di
PULAPOL KL dan sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 617 pelatih telah
diasingkan di PULAPOL KL dan 40 pelatih yang lain masih menerima rawatan
di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana pecahannya adalah seperti
berikut :
Pengasingan di PULAPOL KL
Pelatih Inspektor Lelaki - 280
Pelatih Inspektor Wanita - 217
Pelatih Konstabel - 106
Staf - 14
Menerima rawatan di HKL
Pelatih Inspektor Lelaki - 16 (1 di ICU)
Pelatih Inspektor Wanita - 19
Pelatih Konstabel - 4 (1 di ICU)
Staf - 1
Semasa
ditanya oleh pemberita, SAC Zulkifli memberitahu bahawa pelatih PULAPOL
KL yang sihat dibenarkan menjalani aktiviti riadah walaupun sesi
latihan digantung sementara waktu dan pasukan dari Kementerian Kesihatan
sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Bagi keluarga
pelatih pula, larangan melawat oleh pihak hospital adalah bertujuan
mengelakkan penularan jangkitan virus tersebut daripada berlaku namun
pihak PULAPOL KL membenarkan mereka berhubung melalui telefon.
Beliau
juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan yang
sentiasa membantu pihak PULAPOL KL bagi memastikan keadaan di sana
selamat dan terkawal.
YDH Senior Asistan Komisioner Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL KL semasa mengadakan sidang media di
Bukit Aman.
Gambar terkini - YDH Komandan PULAPOL KL menunjukkan gambar aktiviti luar bagi pelatih yang sihat masih berjalan seperti biasa.
Wartawan : L/Kpl Baharin
Gambar : L/Kpl Shahreel