Kegiatan perjudian siber terus dibanteras dengan sebuah lagi premis diserbu serta beberapa buah komputer dirampas dalam satu operasi malam kelmarin di Kuching.
Operasi oleh sepasukan polis dari Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak itu dijalankan di pusat komersil di kawasan Padungan dari jam 10 hingga 12 tengah malam.
Serbuan menahan 17 warga tempatan termasuk penjaga dan pelanggan premis berkenaan untuk siasatan lanjut.
Pihak polis juga turut merampas 32 buah komputer serta wang tunai.
Sumber : Utusan Borneo (Sarawak)