Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Judi Siber Haram Enam Ditahan

Published: 08 Sep 2018 5.37 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Shah Alam, 8 September 2018 - Polis menahan enam individu, termasuk seorang warga asing, disyaki terbabit kegiatan judi siber haram di dua premis di Seksyen 27, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/judi-siber-haram-enam-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:39 MYT

Shah Alam, 8 September 2018 - Polis menahan enam individu, termasuk seorang warga asing, disyaki terbabit kegiatan judi siber haram di dua premis di Seksyen 27, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, semua suspek ditahan melalui operasi Judi Online (JOL) oleh pasukan khas yang bermula jam 10 malam dan berakhir jam 2 pagi tadi.

“Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan merampas sebuah telefon bimbit serta wang tunai RM200.

“Menerusi serbuan kedua pula, kami menahan lima lelaki warga tempatan, selain turut merampas lima tab, satu modem dan wang tunai RM370 dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di premis terbabit,” katanya.

Beliau berkata, bagi membanteras aktiviti berkenaan, pihaknya menubuhkan sebuah pasukan khas membabitkan anggota dan pegawai polis daripada pelbagai bahagian.

“Serbuan itu menunjukkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memandang serius terhadap isu judi dalam talian haram.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket terbabit yang cuba beroperasi di daerah ini,” katanya. - BERITA HARIAN ONLINE

ArticlePublished 08 Sep 2018 5.37 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM