Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Judi Pdrm Isytihar Perang Habis Habisan

Diterbitkan: 27 Sep 2017 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 27 September 2017 – Berkuatkuasa hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu jawatankuasa khas diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bagi membanteras kegiatan perjudian secara lebih komprehensif.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/judi-pdrm-isytihar-perang-habis-habisan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:41 MYT

JUDI : PDRM ISYTIHAR PERANG HABIS-HABISAN

Kuala Lumpur, 27 September 2017 – Berkuatkuasa hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu jawatankuasa khas diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bagi membanteras kegiatan perjudian secara lebih komprehensif.

Dalam Sidang Media Khas yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman tengahari tadi, beliau berkata jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk meningkatkan segala aspek teknikal dan kemampuan polis dalam pelaksanaan serbuan dan tangkapan melibatkan kes perjudian.

“Kami akan menggempur habis-habisan semua pusat perjudian serta tindakan tegas perlu diambil terhadap sindiket-sindiket perjudian dan mereka yang menjadi dalang kegiatan ini,” tegas beliau.

Terdahulu, satu mesyuarat khas bersama Timbalan-timbalan Ketua Polis Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen telah diadakan untuk merancang dan mengatur strategi bagi melumpuhkan segala kegiatan perjudian di dalam negara.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Pengarah JSJ, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan-timbalan Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua JSJ Kontinjen serta rakan media.

1
ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2017 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM