Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Judi Haram Polis Tidak Berdiam Diri

Published: 09 Feb 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berdiam diri dalam mendepani kegiatan mesin judi haram yang dikesan masih terus beroperasi meskipun tindakan penguatkuasaan dibuat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/judi-haram-polis-tidak-berdiam-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:44 MYT

Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berdiam diri dalam mendepani kegiatan mesin judi haram yang dikesan masih terus beroperasi meskipun tindakan penguatkuasaan dibuat.

Ketua Penolong Pengarah Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/ Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa menegaskan, pihaknya kini bertungkus-lumus untuk melengkapkan siasatan termasuk mengheret pihak terlibat ke mahkamah. 

Beliau berkata, polis juga telah mengenal pasti penganjur terbabit termasuk yang melakukan operasi di pusat hiburan keluarga atau secara "curi-curi”.

"Kita memerlukan masa menggerakkan usaha bersepadu melibatkan kontinjen-kontinjen dari seluruh negara dalam menangani isu judi haram.

"Selain itu, pasukan kita juga dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk mengambil tindakan ke atas semua penganjur terlibat," katanya lagi. 

Sumber: Utusan Malaysia.

Judi Haram Polis Tidak Berdiam Diri

ArticlePublished 09 Feb 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM