Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Judi Euro 2016 Kedai Kopi

Published: 16 Jun 2016 2.32 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Pura-pura minum kopi sambil mengumpul pertaruhan daripada kaki judi. Itu taktik penyamaran popular diJakukan bookie judi pertaruhan bola sepak Euro 2016. Suspek dikesan hanya bermodalkan sebatang pen, kertas kosong, teleton pintar atau tablet untuk mengambil pertaruhan daripada pelang gan seluruh negara. Penyamaran itu didedahkan Pasukan Khas Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) yang menahan lima bo
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/judi-euro-2016-kedai-kopi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:45 MYT
Pura-pura minum kopi sambil mengumpul pertaruhan daripada kaki judi. Itu taktik penyamaran popular diJakukan bookie judi pertaruhan bola sepak Euro 2016. 

Suspek dikesan hanya bermodalkan sebatang pen, kertas kosong, teleton pintar atau tablet untuk mengambil pertaruhan daripada pelang gan seluruh negara. 

Penyamaran itu didedahkan Pasukan Khas Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) yang menahan lima bookie pertaruhan judi bola sepak Euro 2016. kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Datuk Rosli Chik berkata, suspek ditahan menerusi Ops Soga VI di laksanakan polis di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Katanya, operasi itu dila kukan serentak bermula jam 1 pagi hingga 11.59 malam bagi membendung kegiatan perjudian haram di negara ini

"Lima suspek lelaki ditahan menerusi lima serbuan membabitkan satu premis restoran di Selangor dua premis makanan di Johor Bharu, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Sabah.

"Polis merampas wang tu nai RM4,890 bersama peralatan digunakan bagi mengumpul dan menguruskan perjudian dalam talian membabitkan lima telefon pintar, tablet, kompuier riba," katanya.

- Harian MetroJUDI EURO 2016 KEDAI KOPI
ArticlePublished 16 Jun 2016 2.32 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM