Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Juara Blt Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun

Published: 20 Sep 2016 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai sembilan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan lawatan sambil belajar dan latihan dalam perkhidmatan ke National Police Agency, Tokyo, Jepun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/juara-blt-lawatan-sambil-belajar-ke-jepun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:34 MYT


Sepang, 18 Sept 2016 - Seramai sembilan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan lawatan sambil belajar dan latihan dalam perkhidmatan ke National Police Agency, Tokyo, Jepun.

Delegasi PDRM terdiri daripada Ketua Polis Balai (KPB) yang menjadi juara Balai League Table (BLT) pada tahun 2014 dan tiga pegawai kanan. Majlis 'Sending Off' disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang.

Turut hadir, Naib Pengerusi MCPF, Datuk Kamarudin Md Ali, ACP Shamsudin Mat mewakili Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, ACP Abd Aziz Ali.

Program ini diadakan sebagai insentif untuk meningkatkan mutu kerja serta menambah idea baru bagi menaikkan imej PDRM.


Juara Blt Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah


Juara Blt Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun
Sekitar majlis


Juara Blt Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun
Bacaan doa


Juara Blt Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun
Gambar kenangan


Juara Blt Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun
Datuk Kamarudin Md Ali menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Sri Zulkifli Abdullah

ArticlePublished 20 Sep 2016 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM