
Article
Jspt Pamer Momentum Kecemerlangan Terbaik Sepanjang Tahun 2022 Kpn
Kuala Lumpur, 6 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Siasatan Dan Penguatkua...
Kuala Lumpur, 6 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kerana telah mempamerkan momentum kecemerlangan terbaik sepanjang tahun 2022.
Jelasnya, JSPT sangat komited menjalankan fungsi dan peranan utamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan jalan raya.
“Saya turut memuji tindakan JSPT kerana melaksanakan sistem pembayaran saman secara “cashless” dan digital melalui portal serta aplikasi ‘MyBayar Saman’ yang memberikan kemudahan untuk orang ramai menjelaskan saman tertunggak mereka,” jelas beliau ketika menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KPN bagi bulan Disember 2022 anjuran JSPT di Dataran Kompleks 3 Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Turut berlangsung dalam majlis tadi ialah penyampaian Sijil Penghargaan KPN kepada 20 orang pegawai polis dan pegawai awam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan serta sijil penghargaan khas kepada dua orang Pegawai Rendah Polis yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Hadir sama, Pengarah JSPT selaku pengerusi jawatankuasa penganjur, CP Datuk Wira Mat Kassim Karim, barisan Pengarah PDRM dan sebahagian warga kerja Bukit Aman.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid









