Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jsjn Rampas Dadah Bernilai Rm51 Juta

Published: 15 May 2015 7.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 15 Mei - Seramai 17 ahli sindiket dadah antarabangsa telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) dalam 11 serbuan di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang pada 12 dan 13 Mei lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsjn-rampas-dadah-bernilai-rm51-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:11 MYT
Bukit Aman, 15 Mei - Seramai 17 ahli sindiket dadah antarabangsa telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) dalam 11 serbuan di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang pada 12 dan 13 Mei lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukannya menahan 17 orang termasuk 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.

Beliau berkata turut dirampas dalam serbuan itu ialah 220kg Syabu, 132kg pil dan serbuk Ekstasi, 18kg Ketamin serta dua buah mesin “vacuum packer”.

Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM51 Juta dan turut disita 18 buah kenderaan, wang tunai RM129,000, barangan kemas serta jam tangan berjenama.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempamerkan hasil rampasan yang berjaya dibuat JSJN dari bulan Januari sehingga 11 Mei 2015.

“Seramai 10,267 orang telah ditangkap melibatkan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM61 Juta,” katanya lagi.

Selain itu, sebanyak 40,284 kertas siasatan telah dibuka dan jumlah kertas siasatan dituduh sebanyak 25,031 kes (46%) dalam tempoh ini.

_MG_2694 copy
Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff menunjukkan dadah yang dirampas.

_MG_2650 copy
Antara dadah yang dirampas.

_MG_2632 copy
Antara mesin “vacuum packer” yang dirampas.

_MG_2793 copy
Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff menunjukkan kereta yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.
ArticlePublished 15 May 2015 7.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM