Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jsjn Berjaya Rampas Dadah Rm 2 3 Juta

Diterbitkan: 08 Apr 2016 7.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Bukit Aman, 8 April – Sejumlah 16.4 kilogram dadah pelbagai jenis yang bernilai RM2.3 juta berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dalam 11 operasi serbuan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsjn-berjaya-rampas-dadah-rm-2-3-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:45 MYT

Bukit Aman, 8 April – Sejumlah 16.4 kilogram dadah pelbagai jenis yang bernilai RM2.3 juta berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dalam 11 operasi serbuan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru baru-baru ini.

Pengarah JSJN, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Haji Mohd Shariff dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi berkata, pihak polis turut menahan empat warga tempatan dan 10 warga asing dipercayai anggota sindiket serta menyita sembilan buah kereta serta wang tunai berjumlah RM778,000.

“Sindiket dadah yang didalangi warga tempatan dan warga asing ini cuba membawa masuk dadah ke negara ini dari negara China dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kurier dan pengangkutan kargo laut,” tambahnya lagi.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 26 sehingga 54 tahun tersebut direman selama 6 hari sehingga 12 April ini untuk siasatan  di bawah seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952.

“Pihak polis akan terus memburu saki baki suspek yang masih lagi belum ditahan dan kejayaan pada kali ini adalah hasil perkongsian kerjasama yang erat antara PDRM, khasnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan pihak Narkotik Indonesia (NARKOBA) serta Royal Police Thailand,” akhiri beliau.

_MG_5912 copy
Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Haji Mohd Shariff bersama pegawai penyiasat menunjukkan cara dadah disembunyikan.

_MG_5869 copy
Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Haji Mohd Shariff bersama pegawai penyiasat menunjukkan cara dadah disembunyikan.

_MG_5804 copy
Antara dadah yang dirampas.

_MG_5806 copy
Antara dadah yang dirampas.
ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2016 7.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM