Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jsjk Terajui Nsrc Komited Banteras Jenayah Penipuan Dalam Talian

Diterbitkan: 14 Oct 2025 4.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2025 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah diberi mandat dan kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia untuk menerajui National Scam Response Centre (NSRC) dalam usaha membanteras jenayah dalam talian yang semakin berleluasa. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dalam ucapan beliau sempena Perhimpunan Bulanan Oktober 2025 yang dianjurkan oleh JSJK di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsjk-terajui-nsrc-komited-banteras-jenayah-penipuan-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:35 MYT

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2025 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah diberi mandat dan kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia untuk menerajui National Scam Response Centre (NSRC) dalam usaha membanteras jenayah dalam talian yang semakin berleluasa. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dalam ucapan beliau sempena Perhimpunan Bulanan Oktober 2025 yang dianjurkan oleh JSJK di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, hari ini.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa jenayah penipuan dalam talian bukan sahaja memberi kesan besar kepada mangsa, malah turut menjejaskan pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat serta menghakis keyakinan orang ramai terhadap keupayaan dan kredibiliti pihak berkuasa.

Antara usaha yang diberi penekanan serius dari pihak kerajaan adalah dengan menyatukan kepakaran dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), National Financial Crime Centre, Bank Negara Malaysia, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan pewujudan NSRC.

NSRC yang bertindak sebagai barisan hadapan dalam memerangi penipuan dalam talian telah beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu sejak 7 Julai 2025, untuk memberi bantuan segera kepada mangsa penipuan.

“Sejak penubuhannya pada 12 Oktober 2022 hingga 30 September 2025, NSRC menerima 266,380 panggilan, termasuk 159,873 panggilan yang dianggap ‘Genuine case’ iaitu yang memenuhi kriteria untuk tindakan lanjut dalam mengesan dan menyekat dana yang hilang, serta 115,504 panggilan ‘General case’, iaitu panggilan umum seperti pemberian nasihat pencegahan atau berkaitan kes lama," ujarnya.

“Saya zahirkan ucapan penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi dan warga JSJK atas usaha yang berterusan dalam memerangi jenayah komersil dan berharap agar JSJK terus memperkukuhkan sinergi dan kolaborasi unggul antara agensi, ahli akademik dan institusi kewangan dalam usaha memerangi jenayah komersil secara komprehensif dan berkesan,” tambahnya lagi.

Beliau juga menyeru seluruh warga PDRM agar terus mengekalkan kecemerlangan, menjunjung tinggi maruah Pasukan dan memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap institusi keramat ini selain merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada warga PDRM dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. KPN juga menyeru agar bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan dan sikap saling menghormati dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara ini.

Dalam perhimpunan yang berlangsung pagi tadi, turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada 20 warga PDRM sebagai simbolik pengiktirafan atas sumbangan serta komitmen cemerlang yang dipamerkan.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSJK selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Mohd Rusdi Isa, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text


ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2025 4.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM