Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jsjk Pantau Skim Pelaburan Makkah Islamic Hotel

Published: 13 Sep 2016 7.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 13 September 2016 - Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah menerima maklumat dan memantau pelabur skim 'Makkah Islamic Hotel'.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsjk-pantau-skim-pelaburan-makkah-islamic-hotel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:46 MYT
Kuala Lumpur, 13 September 2016 - Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah menerima maklumat dan memantau pelabur skim 'Makkah Islamic Hotel'. 

Perkara itu disahkan oleh Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani, bahawa pihaknya sedang meneliti pergerakan dan operasi syarikat pelaburan itu selepas dikaitkan dengan skim pcnipuan cepat kaya. 

Datuk Acryl berkata, pihaknya mengambil langkah memantau syarikat pelaburan itu berikutan wujud aduan orang ramai terutama di laman web dan media sosial berhubung skim ditawarkan. 

"Kami sudah membuat semakan berhubung kewujudan syarikat itu. Kami akan bekerjasama dengan Ibu Fejabat Polis Kontinjen (IPK) di setiap negeri untuk menyemak sekiranya ada laporan dibuat berkaitan penipuan dilakukan syarikat itu.

"Justeru sebagai langkah awal, kami akan melakukan pemantauan lerhadap syarikat itu selaras dengan aduan diterima daripada orang awam, katanya ketika dihubungi, semalam. 

Katanya, JSJK masih membuat siasatan berhubung dakwaan bahawa syarikat terbabit mempunyai kaitan dengan skim pelaburan cepat kaya berlandaskan islam iaitu Mecca Fund Global yang aktif pada 2014.

Bagaimanapun pelaburan Mecca Fund Global sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama kemudian. 

"Buat masa sekarang, kami masih menyiasat hubungan dan kaitan antara kedua dua skim berkenaan mcmandangkan mereka menggunakan modus operandi yang sama iaitu menawarkan pulangan Iumayan dengan bermodalkan pelaburan hartanah di Makkah. 

"Berdasarkan laporan diterima, wujud banyak skim pelaburan cepat kaya berlandaskan Islam di negara ini. Mereka menggunakan individu berpengaruh dalam agama untuk menarik minat orang ramai melabur dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana sebagai sasaran memandangkan komuniti itu terdesak bagi menambahkan pendapatan, katanya.

Beliau menasihati orang ramai tidak mempercayai sebarang skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan kerana tiada perniagaan boleh mendatangkan keuntungan dengan cara mudah. 

Sumber : Harian MetroJsjk Pantau Skim Pelaburan Makkah Islamic Hotel
ArticlePublished 13 Sep 2016 7.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM