Artikel
Jpppw Platform Kecemerlangan Polis Wanita
Bukit Aman, 23 Sept. 2014 – Meneruskan agenda bagi memperkasakan perkhidmatan Polis khususnya golongan hawa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jawatankuasa...
Oleh : Konst Shazril Abd Rashid
Bukit Aman, 23 Sept. 2014 – Meneruskan agenda bagi memperkasakan perkhidmatan Polis khususnya golongan hawa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita ( JPPPW ) telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan hala tuju Polis Wanita mengikut arus pemodenan.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Senior DCP Dato’ Zubaidah Md Ismail yang juga selaku Pengerusi jawatankuasa itu telah mengadakan perbincangan dengan Pegawai Turus setiap Jabatan, Kontinjen , Briged dan formasi bagi tujuan penambahbaikan kepada pengurusan Polis Wanita PDRM di samping memberi satu anjakan baru dalam mengharungi masa depan dengan lebih cemerlang dan gemilang.
Beliau yang hadir mewakili Ketua Polis Negara turut menyampaikan surat pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Induk yang baharu dilantik dan harapan Senior DCP Dato’ Zubaidah agar dengan tanggungjawab yang diberikan dapat meningkatkan kredibiliti dalam mengetuai kepimpinan JPPPW di peringkat Jabatan, Kontinjen dan Formasi maing-masing.
Sekitar mesyuarat berlangsung..
Bergambar kenangan