Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Bukit Aman, 13 Jan -
"Dalam konteks Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) yang
baru berusia 7 bulan penubuhannya, jabatan ini akan menjalankan
pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah, mendidik
serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam
mencegah jenayah selain mengurangkan peluang melakukan jenayah," ujar
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara,
hari ini.
Dalam
ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit
Aman Anjuran JPPJ di Perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman hari ini,
jabatan ini (JPPJ) juga akan menangani dan mengurangkan persepsi
masyarakat terhadap isu keselamatan serta memainkan peranan consultative kepada komuniti, institusi pendidikan, institusi perniagaan, agensi kerajaan dan NGO.
"Usaha-usaha
ini diharap dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai
terhadap perkhidmatan polis, sekali gus merapatkan jurang di antara
masyarakat dengan PDRM," tambah beliau.
Sehubungan
itu beliau turut menegaskan lagi tentang tiga keutamaan yang perlu
diberi perhatian khusus oleh seluruh warga PDRM iaitu, mengekalkan
ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat; mengawal serta mengekang
jenayah melalui pencegahan dan penyiasatan berkesan; dan memantapkan
integriti setiap warga PDRM.
"Saya
menyeru kepada seluruh warga PDRM khususnya yang berada di hadapan saya
ketika ini untuk berani membuat anjakan minda dan cara bekerja kepada
budaya kerja kelas pertama berasaskan pemikiran di luar kotak
kebiasaan," ujarnya.
Perhimpunan
pada hari ini dihadiri oleh Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan
Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM Bukit Aman dan turut
menyaksikan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai,
anggota dan pegawai awam yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam
perkhidmatan.
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara...
Tabik hormat daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada kawalan kehormatan...
Kawalan Kehormatan pada perhimpunan kali ini..
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara..
Antara yang hadir...
antara yang hadir...
penerima-penerima sijil penghargaan...
Bacaan doa memberkati majlis...
Bacaan lafaz ikrar....
Bacaan lafaz ikrar..
bacaan lafaz ikrar...
Ucapan daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara...
Pengarah-pengarah PDRM yang hadir...
Kumpulan Koir...
Kumpulan pancaragam...
YDH
Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara
diiringi oleh YDH Dato’ Wira Ayub bin Haji Yaakob,Pengarah Jabatan
Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) untuk menyampaikan sijil
penghargaan kepada penerima-penerima sijil..
Upacara penyampaian sijil..