Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
“Dalam konteks Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) yang baru berusia 7 bulan penubuhannya, jabatan ini akan menjalankan pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah,.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jppj-proaktif-capai-misi-utama-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:27 MYT

Bukit Aman, 13 Jan - "Dalam konteks Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) yang baru berusia 7 bulan penubuhannya, jabatan ini akan menjalankan pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah, mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah selain mengurangkan peluang melakukan jenayah," ujar YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, hari ini.

Dalam ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran JPPJ di Perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman hari ini, jabatan ini (JPPJ) juga akan menangani dan mengurangkan persepsi masyarakat terhadap isu keselamatan serta memainkan peranan consultative kepada komuniti, institusi pendidikan, institusi perniagaan, agensi kerajaan dan NGO.

"Usaha-usaha ini diharap dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan polis, sekali gus merapatkan jurang di antara masyarakat dengan PDRM," tambah beliau.

Sehubungan itu beliau turut menegaskan lagi tentang tiga keutamaan yang perlu diberi perhatian khusus oleh seluruh warga PDRM iaitu, mengekalkan ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat; mengawal serta mengekang jenayah melalui pencegahan dan penyiasatan berkesan; dan memantapkan integriti setiap warga PDRM.

"Saya menyeru kepada seluruh warga PDRM khususnya yang berada di hadapan saya ketika ini untuk berani membuat anjakan minda dan cara bekerja kepada budaya kerja kelas pertama berasaskan pemikiran di luar kotak kebiasaan," ujarnya.

Perhimpunan pada hari ini dihadiri oleh Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM Bukit Aman dan turut menyaksikan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai, anggota dan pegawai awam yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Tabik hormat daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada kawalan kehormatan...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Kawalan Kehormatan pada perhimpunan kali ini..

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara..

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Antara yang hadir...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
antara yang hadir...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
penerima-penerima sijil penghargaan...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Bacaan doa memberkati majlis...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Bacaan lafaz ikrar....

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Bacaan lafaz ikrar..

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
bacaan lafaz ikrar...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Ucapan daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Pengarah-pengarah PDRM yang hadir...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Kumpulan Koir...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Kumpulan pancaragam...

Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara diiringi oleh YDH Dato’ Wira Ayub bin Haji Yaakob,Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima-penerima sijil..

Upacara penyampaian sijil..
Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan
Jppj Proaktif Capai Misi Utama Pasukan

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM