Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jomberingat Posting Pilihan Lorong Kecemasan Adalah Untuk Kecemasan

Published: 16 Mar 2026 2.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lorong kecemasan di lebuh raya diwujudkan khusus untuk kegunaan ketika berlaku kecemasan. Laluan ini bertujuan memastikan pasukan penyelamat dapat sampai ke lokasi kejadian dengan cepat tanpa halangan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jomberingat-posting-pilihan-lorong-kecemasan-adalah-untuk-kecemasan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:33 MYT
Lorong kecemasan di lebuh raya diwujudkan khusus untuk kegunaan ketika berlaku kecemasan. Laluan ini bertujuan memastikan pasukan penyelamat dapat sampai ke lokasi kejadian dengan cepat tanpa halangan.

Hanya kenderaan tertentu seperti ambulans, jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia serta agensi penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas dibenarkan menggunakan lorong ini. Pengguna jalan raya biasa tidak boleh menggunakan lorong kecemasan sesuka hati kerana ia boleh menghalang bantuan kepada mangsa.

Mereka yang menyalahgunakan lorong kecemasan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM2,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, hormatilah lorong kecemasan demi keselamatan semua.

Sumber: Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Pengangkutan Jalan
 
 
 

May be an image of slow loris, car and text that says 'POAP Lorong Kecemasan Hanya MALAYSIA Untuk KECEMASAN! Penggunaan lorong kecemasan hanya untuk: ANUUL
ArticlePublished 16 Mar 2026 2.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM