Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jomberingat Jangan Dedahkan Maklumat Bank Di Media Sosial Untuk Terima Duit Raya Online

Diterbitkan: 11 Jun 2020 2.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Amalan memberi atau menerima duit raya secara dalam talian merupakan perkara baharu yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, selepas tahap kesedaran berkenaan jangkitan COVID-19 semakin meningkat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jomberingat-jangan-dedahkan-maklumat-bank-di-media-sosial-untuk-terima-duit-raya-online
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:48 MYT

Amalan memberi atau menerima duit raya secara dalam talian merupakan perkara baharu yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, selepas tahap kesedaran berkenaan jangkitan COVID-19 semakin meningkat.

Perkara itu amat digalakkan. Namun, kecuaian memaparkan nama dan nombor akaun bank di media sosial boleh mengundang masalah di kemudian hari.

Tahukah, hanya dengan maklumat yang dipaparkan itu boleh digunakan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan anda?

Anda mungkin akan dihubungi oleh individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai polis, bank, imigresen atau lain-lain pihak dengan menyatakan terdapat kesalahan tertentu yang memerlukan anda memindahkan wang dengan segera.

Ketahuilah, walaupun ia taktik ‘lapuk’, namun masih ramai yang menjadi mangsa setiap hari.

Nasihat kami, memadailah berkongsi maklumat tersebut secara peribadi sahaja. Tidak perlu dipaparkan secara umum yang kononnya untuk memudahkan si pemberi.

Image may contain: text that says 'தகர … Memandangkan raya ni perlu jaga penjarakan sosial dan tak boleh bersalam, sudilah beri duit raya online pa
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2020 2.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM