Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jomberingat Elak Tinggalkan Bank Kuasa Dalam Kenderaan

Published: 21 Jan 2020 6.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bank kuasa (power bank) merupakan antara aksesori komunikasi yang harus ada bagi memudahkan pengecasan telefon bimbit, tanpa menggunakan soket.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jomberingat-elak-tinggalkan-bank-kuasa-dalam-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:23 MYT

Bank kuasa (power bank) merupakan antara aksesori komunikasi yang harus ada bagi memudahkan pengecasan telefon bimbit, tanpa menggunakan soket.

Namun, disebabkan saiz yang agak besar atau sedikit berat, ramai yang gemar menyimpan bank kuasa dalam kenderaan daripada membawanya bersama, tanpa mengetahui kesan buruk perbuatan tersebut.

Sebarang peranti seperti bank kuasa, komputer riba dan tablet yang menggunakan bateri lithium ion adalah berisiko tinggi mengalami letupan atau kebakaran sekiranya ditinggalkan di bawah suhu panas terik.

Ia adalah kerana, bateri berkenaan tidak mempunyai ketahanan apabila berada pada tekanan atau suhu yang tinggi.

Kalian juga dinasihatkan agar memilih bank kuasa yang berkualiti dan mendapat kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi mengelak berlakunya letupan, kebakaran atau litar pintas secara tiba-tiba.

Image may contain: text
ArticlePublished 21 Jan 2020 6.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM