Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jips Tingkatkan Integriti Pdrm

Published: 04 Feb 2015 4.58 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismail berkata, penubuhan JIPS sebagai jabatan ke-9 PDRM pada 25 Julai 2014, sebagai langkah serius PDRM dalam membersihkan imej dan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jips-tingkatkan-integriti-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:42 MYT

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismail berkata, penubuhan JIPS sebagai jabatan ke-9 PDRM pada 25 Julai 2014, sebagai langkah serius PDRM dalam membersihkan imej dan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi tersebut. 

"JIPS adalah hasil pencetus Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau memberi keutamaan ke atas tiga perkara iaitu ketenteraman awam; membanteras jenayah; dan meningkatkan integriti serta menentukan semua arahan dipatuhi. 

JIPS merupakan gabungan Urus Setia KPN Integriti (Tatatertib), Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) dan Bahagian Naziran Jabatan dengan keanggotaan 2,406 orang, termasuk 1,285 kakitangan awam. 

Jumlah pegawai JIPS beruniform 1,121 orang berbanding 141,857 warga PDRM, ini bermakna seorang pegawai JIPS menjaga 126 orang. 

Zubaidah berkata, hasil penganalisaan sepanjang tempoh beliau mengetuai JIPS, masyarakat mahukan ketelusan polis kebanyakan orang awam tidak tahu fakta sebenar saluran dan mengapa polis tidak mengambil tindakan. Aduan atas salah laku tidak banyak, tetapi masalah penyampaian perkhidmatan polis. Inilah yang kami fokuskan."

Untuk salurkan aduan/ maklumat kepada JIPS, sila layari http://rmp.spab/,gov.my/eApps/system/index.do atau hubungi 1800-800-222, emelkan kepada ispaaapdrm@rmp.gov.my.

Sumber: Sinar Harian

Jips Tingkatkan Integriti Pdrm

ArticlePublished 04 Feb 2015 4.58 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM