Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jips Anjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman

Published: 20 Sep 2016 12.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan peringkat Bukit Aman di Perkarangan Kompleks 3, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jips-anjur-perhimpunan-bulanan-peringkat-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:45 MYT

 

Kuala Lumpur, 19 September 2016 –Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan peringkat Bukit Aman di Perkarangan Kompleks 3, di sini, pagi tadi.

Perhimpunan yang menghimpunkan semua jabatan yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota polis dan pegawai awam dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam ucapannya Tan Sri Dato’ Sri Khalid menyifatkan penubuhan JIPS adalah bertepatan sama sekali bagi mendukung dasar pucuk dalam usaha memantapkan integriti dan pematuhan standard oleh setiap warga PDRM, intergriti adalah indikator terpenting dalam aspek keperibadian penjawat awam yang memegang amanah rakyat.

Beliau dalam pada itu turut menyeru agar seluruh warga PDRM tidak mudah melatah apabila berdepan dengan asakan daripada pihak luar yang cuba yang mempersoalkan kredibiliti pasukan di samping itu terus memperkemaskan diri dengan segenap aspek integriti, disiplin, etika dan telus dalam menterjemahkan perkhidmatan pasukan kepada masyarakat.

Dalam majlis tersbut, Tan Sri Dato’ Sri Khalid turut menyampaikan Surat Penghargaan kepada 25 penerima dan seorang penerima ganjaran imbuhan Anugerah Integriti.

Majlis turut dihadiri, Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, barisan Pengarah PDRM ,Pegawai Kanan, anggota dan pegawai awam.

Jips Anjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit AmanKetua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menerima tabik hormat di pentas utama

Jips Anjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit AmanPemeriksaan barisan Kawalan Kehormatan oleh Ketua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

Jips Anjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit AmanBacaan lafaz ikrar

 

Jips Anjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit AmanKetua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Surat Penghargaan

 

 

Jips Anjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit AmanSekitar upacara di pentas utama

 

Jips Anjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit AmanKetua Polis Negara Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Surat Penghargaan

 

ArticlePublished 20 Sep 2016 12.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM