Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenis Tak Makan Saman

Diterbitkan: 16 Jun 2014 4.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Walaupun pernah dipenjarakan 3 kali atas kesalahan yang sama, seorang lelaki yang terkenal dengan panggilan Man Dayak terus aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar pekan Endau dan daera..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenis-tak-makan-saman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:27 MYT

Jenis Tak Makan Saman

JENIS TAK MAKAN SAMAN : Walaupun pernah dipenjarakan 3 kali atas kesalahan yang sama, seorang lelaki yang terkenal dengan panggilan Man Dayak terus aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar pekan Endau dan daerah berhampiran.

Kegiatan tersebut bagaimanapun berjaya dihidu oleh anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing dan serbuan telah dibuat di rumah suspek di Jalan Haji Ariffin, Endau, tengah hari kelmarin. Hasil pemeriksaan polis menemui satu bekas minyak dan beg plastik mengandungi 583 gram heroin dan 3.7 gram syabu bernilai RM 12,000 serta wang tunai RM5,850.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 4.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM