Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Larikan Mesin Atm

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Polis menumpaskan sindiket pecah mesin pengeluaran wang automatic (ATM) selepas menahan enam lelaki termasuk remaja bawah umur dalam serbuan berasingan di Ulu Tiram...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-larikan-mesin-atm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:09 MYT

Polis menumpaskan sindiket pecah mesin pengeluaran wang automatic (ATM) selepas menahan enam lelaki termasuk remaja bawah umur dalam serbuan berasingan di Ulu Tiram.

Polis menjumpai lima buah mesin ATM yang telah dilarikan, sebuah trak tunda, dua bilah parang panjang dan sebuah beg berisi enam gulung tali.

Dengan penahanan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 27 kes pecah mesin ATM membabitkan kerugian RM 2 juta yang dilaporkan berlaku di sekitar Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan samun secara berkumpulan dan bersenjata.

Jenayah Larikan Mesin Atm

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM