Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Geng Bella Aziah Tumpas

Diterbitkan: 12 Feb 2015 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepang - Berpura-pura solat bersama orang lain sebelum melarikan beg tangan jemaah surau ketika mangsa sedang sujud atau mengambil wuduk. Itulah modus operandi seorang gadis bersama ibu kandung dan bapa tirinya yang giat melakukan perbuatan jahat tersebut di surau hentian Rehat dan Raw-at (R&R) lebuh raya dan pusat beli-belah di Selangor, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan sejak empat tahun lalu hingga dapat menyewa sebuah rumah teres dua tingkat lot tepi walaupun masing-masing tidak mempunyai pekerjaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-geng-bella-aziah-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:36 MYT


Sepang - Berpura-pura solat bersama orang lain sebelum melarikan beg tangan jemaah surau ketika mangsa sedang sujud atau mengambil wuduk. 
Itulah modus operandi seorang gadis bersama ibu kandung dan bapa tirinya yang giat melakukan perbuatan jahat tersebut di surau hentian Rehat dan Raw-at (R&R) lebuh raya dan pusat beli-belah di Selangor, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan sejak empat tahun lalu hingga dapat menyewa sebuah rumah teres dua tingkat lot tepi walaupun masing-masing tidak mempunyai pekerjaan.

Rumah di Taman Hulu Langat Java, Cheras, Kuala Lumpur itu disewa pada kadar RM1,700 sebulan.

Penjenayah bergelar Geng Bella Aziah itu juga mempunyai sebuah kereta jenis Toyota Vios milik salah seorang suspek.

Difahamkan, gadis jelita persis model itu akan bergilir-gilir dengan ibu kandungnya untuk melarikan beg tangan iaitu jika si ibu berpura-pura solat, si anak akan melakukan perbuatan tersebut dan begitulah sebaliknya.

Lelaki berusia 37 tahun itu pula berperanan sebagai pemandu kepada dua beranak itu selain mencari pembeli barangan yang dicuri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, pemburuan geng tersebut bermula apabila polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada seorang wanita berusia 30 tahun yang kehilangan beg tangan berisi beberapa barang berharga ketika sedang solat di surau pusat beli-belah IOI City Mall di Putrajaya pada 2 Februari lalu.

Sumber: Kosmo

Jenayah Geng Bella Aziah Tumpas
ArtikelDiterbitkan 12 Feb 2015 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM