Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jenayah Dalam Konteks Islam

Published: 13 Jun 2014 12.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Matlamat syarak terhadap manusia ialah lima iaitu penjagaan agama, diri, akal, keturunan dan harta’ di mana ia merumuskan pensyariatan tertumpu kepada penjagaan agama, diri, akal, keturunan dan harta..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-dalam-konteks-islam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:22 MYT

JENAYAH DALAM KONTEKS ISLAM

Cheras, 9 Jun - "Perlu ditegaskan, Islam bukanlah penyelesai kepada masalah semata-mata bahkan Islam itu adalah kesejahteraan, keamanan, kesentosaan dan kehidupan di mana menjadikan syariat sebagai pegangan kehidupan akan memastikan manusia seluruhnya berada di dalam kesentosaan," ulas Ustaz Khir Johari bin Abas, dalam ceramahnya sempena Program Wacana Pencegahan Jenayah Daripada Perspektif Islam di Masjid Al-Ikhwaniah, Taman Cheras Utama, Cheras, Sabtu lalu.

Sebelum itu beliau memetik kenyataan tokoh Islam terkemuka, Al-Ghazali yang berbunyi; 'Matlamat syarak terhadap manusia ialah lima iaitu penjagaan agama, diri, akal, keturunan dan harta’ di mana ia merumuskan pensyariatan tertumpu kepada penjagaan agama, diri, akal, keturunan dan harta dan pencabulan ke atas kelima-lima elemen ini adalah bermaksud jenayah.

Menurutnya lagi, secara asasnya jenayah bolehlah dibahagikan kepada jenayah tanpa mangsa (victimless crime) dan jenayah dengan mangsa di mana undang-undang yang dicipta bersabit dengan jenayah tanpa mangsa ini seringkali mencetuskan kontroversi seperti perjudian, pelacuran, penyalahgunaan dadah, minum arak dan hubungan terlarang sebaliknya, undang-undang terhadap keganasan, rompakan, pembunuhan dan sebagainya pula mendapat sokongan daripada masyarakat.

“Pada pandangan Al-Imam Al-Shatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk merealisasikan objektifnya untuk manusia seperti kepentingan asas (Al-Dharuriyyat) yang bermaksud apa yang penting bagi tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia, keperluan biasa (Al-Hajiyat) yang merupakan keperluan bagi menghapus kerosakan hidup dan untuk memberi kemudahan kepadanya serta keperluan mewah (Al-Tahsiniyat) iaitu keperluan sekadar untuk tujuan keselesaan seperti adat, akhlak dan etika,”

“Berasaskan kepada prinsip induktif (Istiqra’) juga, lima kepentingan asas iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal juga dititikberatkan dalam semua agama” ujarnya.

Dari sudut keadaan jenayah, ia perlu melihat sebelum jenayah berlaku dan jenayah telah berlaku di mana syariat Islam menjaga kepentingan asas kehidupan melalui dua cara iaitu secara positif – menentukan hukum yang boleh melahir dan menjaga kewujudannya seperti menjaga agama diwujudkan akidah, ibadat, ijtihad dan sebagainya serta secara negatif- menghalang berlaku apa-apa yang boleh menghapus, merosak atau mengganggu kepentingan itu.

Jenayah Dalam Konteks Islam
Sekitar ceramah berlangsung: turut hadir, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman, Dato’ Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Ismail 

Jenayah Dalam Konteks Islam
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Khir Johari bin Abas..

Jenayah Dalam Konteks Islam
antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Jenayah Dalam Konteks Islam
antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Jenayah Dalam Konteks Islam
antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Jenayah Dalam Konteks Islam
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Khir Johari bin Abas..

Jenayah Dalam Konteks Islam
YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman, Dato' Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Ismail menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi Jawatankuasa Masjid Al-Ikhwaniah..

Jenayah Dalam Konteks Islam
YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman, Dato’ Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Ismail menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi Jawatankuasa Masjid Al-Ikhwaniah..

Jenayah Dalam Konteks Islam
YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman, Dato’ Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Ismail menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi Jawatankuasa Masjid Al-Ikhwaniah..

Jenayah Dalam Konteks Islam
Sesi bergambar kenangan...

ArticlePublished 13 Jun 2014 12.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM