Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Dadah Terus Dibenteras

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Selangor dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan kejayaan polis Selangor menyelesaikan kes samun di Jalan Tanjung 30/77A, Shah Alam pada 21 Mei 2013. Polis berjaya menahan enam suspek terdi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-dadah-terus-dibenteras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:21 MYT
Polis Selangor dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan kejayaan polis Selangor menyelesaikan kes samun di Jalan Tanjung 30/77A, Shah Alam pada 21 Mei 2013. Polis berjaya menahan enam suspek terdiri daripada lima lelaki dan satu perempuan lingkungan umur diantara 25 tahu hingga 38 tahun. Kesemua mereka ditahan di dalam sebuah rumah di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.

Turut dirampas sejumlah wang tunai, parang, barang kemas, telefon bimbit, jam tangan, computer riba serta pelbagai peralatan pecah rumah. Kesemua saspek direman pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam sidang media sama, Dato’ A. Thaiveegan turut memaklumkan kejayaan polis Selangor dalam mencegah dan membanteras pengedaran dadah. Ini berikutan tertangkapnya dua lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadah di sekitar kawasan Pandan Prima, Ampang, Selangor pada 18 Mei 2013. 

Kedua-dua lelaki tersebut ditahan bersama 15 ketulan mampat daun kering yang dipercayai dadah jenis ganja dengan anggaran nilai lebih kurang RM 40ribu. Semakan dibuat dapati salah seorang saspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Jenayah Dadah Terus Dibenteras
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM