Turut dirampas sejumlah wang tunai, parang, barang kemas, telefon bimbit, jam tangan, computer riba serta pelbagai peralatan pecah rumah. Kesemua saspek direman pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Dalam sidang media sama, Dato’ A. Thaiveegan turut memaklumkan kejayaan polis Selangor dalam mencegah dan membanteras pengedaran dadah. Ini berikutan tertangkapnya dua lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadah di sekitar kawasan Pandan Prima, Ampang, Selangor pada 18 Mei 2013.
Kedua-dua lelaki tersebut ditahan bersama 15 ketulan mampat daun kering yang dipercayai dadah jenis ganja dengan anggaran nilai lebih kurang RM 40ribu. Semakan dibuat dapati salah seorang saspek mempunyai rekod jenayah lampau.
