Oleh : KPL Mohd Shareel Bin Shahriman
KUALA
LUMPUR - 21 DISEMBER. "Walaupun ramai terhanyut di era itu dengan
dendangan lagu "Lucky In The Sky With Diamonds", “Born To Be Wild” dan
sebagainya, tuan-tuan telah memilih untuk menyanyi "Polis Sedia
Berkhidmat" dengan memilih kerjaya mulia PDRM, kini mengakhirinya juga
dengan penuh kemuliaan" , kata YDH Tan Sri Dato' Sri Haji Ismail bin
Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya di Majlis Malam Mes
Meraikan Pesara Pegawai Kanan PDRM Tahun 2012 yang telah berlangsung di
Palace Golden Horses, Kuala Lumpur malam tadi.
Majlis
yang bertemakan 'Jasa Perwiraku' ini telah diadakan bagi meraikan
Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang telah bersara pada tahun 2012 bertujuan
sebagai satu tanda penghargaan dan kenangan di atas segala sumbang bakti
yang telah mereka curahkan kepada Pasukan PDRM.
"Saya
berharap para pesara sekalian akan terus mengekalkan hubungan yang baik
dengan PDRM", kata YDH Ketua Polis Negara di akhir ucapannya.
Turut
hadir Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi PEKEP Malaysia,
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
dan isteri, Pengarah-pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Pendaftaran.

Sekitar Majlis.

Sekitar Majlis

ketibaan YDH Ketua Polis Negara dan Isteri bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama Isteri.

Sekitar Majlis.

Sekitar Majlis.

Sekitar Majlis.

Sekitar Majlis.

YDH Ketua Polis Ketika Memberi Ucapan.

Ucapan oleh ACP Bersara Mohd Nor Bin Hj. Mansor sebagai wakil pesara yang diraikan.

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cendera mata kepada pesara-pesara yang diraikan.

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cendera mata kepada pesara-pesara yang diraikan.

Para
Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM tidak ketinggalan menyampaikan lagu
bertajuk 'Masihkah Kau Ingat' kepada Pesara-pesara yang diraikan.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Jasa Perwiraku
KUALA LUMPUR - 21 DISEMBER. "Walaupun ramai terhanyut di era itu dengan dendangan lagu "Lucky In The Sky With Diamonds", "Born To Be Wild" dan sebagainya, tuan-tuan telah memilih untuk menyanyi "Polis..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jasa-perwiraku
Scan to view the latest live version.