Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jasa Dan Pengorbanan Pesara Pdrm Akan Terus Dikenang Pasukan

Diterbitkan: 04 Dec 2022 11.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cheras, 4 Disember 2022 - Segala jasa, sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pesara Pasukan Polis Hutan (PPH) dalam mempertahankan negara suatu ketika dahulu akan sentiasa terus dikenang buat selamanya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jasa-dan-pengorbanan-pesara-pdrm-akan-terus-dikenang-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT
 

Cheras, 4 Disember 2022 - Segala jasa, sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pesara Pasukan Polis Hutan (PPH) dalam mempertahankan negara suatu ketika dahulu akan sentiasa terus dikenang buat selamanya. 

Perkara itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali ketika hadir menyantuni pesara PPH dalam Majlis Reunion Ex-Police Field Force Officers Tahun 2022 yang diadakan di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, pagi tadi.

Majlis yang julung kali diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim dan menjadi medium perkongsian pengalaman sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam Pasukan.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Sri Hazani berkata para pesara bukan sahaja dianggap sebagai pejuang malah sebagai guru dan sumber inspirasi kepada pegawai-pegawai muda yang suatu hari nanti bakal mengambil alih tampuk pucuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia.

Pertemuan semula itu lebih bermakna apabila para pesara berkongsi  pengalaman mereka dalam PPH antaranya Dato' Mohd Rani Abd Rashid, Dato' Md. Nor Saidin dan Tuan Kamaruddin Hj. Hashim.

Selain itu, para pesara berpeluang menggilap semula kemahiran mereka dalam acara menembak bagi kategori jatuhan piring berkumpulan yang disertai oleh 12 pasukan.

Hadir sama, Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit, Timbalan Komander, ACP Chew Tham Soon, Komander Briged Sarawak, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang, Komander Unit Tindakhas, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Ex-Police Field Force Officers Reunion 2022, Datuk Setia Hj. Mohd Isa Mohd Salleh dan Penasihat Ex-Police Field Force Officers Reunion 2022, Tan Sri Ismail Che Ros.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 5 people, people standing and military uniform

May be an image of 13 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 17 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 3 people and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'APANG EX-PFF OFFICERS UNIO 20 ANI.SE RI DEC ER'

ArtikelDiterbitkan 04 Dec 2022 11.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM