Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Janin Di Atas Kubur Berusia 40 Tahun

Published: 05 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, pihaknya yang dimaklumkan berkenaan kes itu telah ke lokasi kejadian dan menemui janin serta uri yang diletakkan di dalam plastik di kawasan berhampiran perkuburan tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/janin-di-atas-kubur-berusia-40-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:23 MYT

Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama warga kota yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penemuan janin berusia lima bulan di atas kubur seorang wanita yang meninggal dunia pada tahun 1975 di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, semalam untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, pihaknya yang dimaklumkan berkenaan kes itu telah ke lokasi kejadian dan menemui janin serta uri yang diletakkan di dalam plastik di kawasan berhampiran perkuburan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau terlihat kelibat orang yang mencurigakan di kawasan perkuburan tertua di Kuala Lumpur itu sejak beberapa hari semalam agar segera menelefon di talian 03-26977099.

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 05 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM