Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jangan Takut Beri Maklumat

Diterbitkan: 10 Sep 2015 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Beruntung - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor komited dalam mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat bagi memastikan maklumat kes jenayah dapat disalurkan cepat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-takut-beri-maklumat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:53 MYT


Bukit Beruntung -  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor komited dalam mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat bagi memastikan maklumat kes jenayah dapat disalurkan cepat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, pihaknya mahu orang ramai lebih berfikiran terbuka dan tidak terlalu takut menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan jenayah.

"Saya juga berasa terpanggil menerangkan Rakan Cop yang merupakan salah satu 'Community Oriented Policing' untuk membentuk interaksi dua hala antara polis dan masyarakat serta menggalakkan pembabitan orang ramai dalam penyaluran maklumat.

''Selain itu, dengan pelancaran Jom Ronda Bersepadu Midnight Walk ini juga, ia mampu mengeratkan silaturahim antara warga IPD Hulu Selangor dan membudayakan semangat kerjasama antara semua agensi serta masyarakat di daerah ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Jangan Takut Beri Maklumat

ArtikelDiterbitkan 10 Sep 2015 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM