Bukit Beruntung - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor komited dalam mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat bagi memastikan maklumat kes jenayah dapat disalurkan cepat.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, pihaknya mahu orang ramai lebih berfikiran terbuka dan tidak terlalu takut menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan jenayah.
"Saya juga berasa terpanggil menerangkan Rakan Cop yang merupakan salah satu 'Community Oriented Policing' untuk membentuk interaksi dua hala antara polis dan masyarakat serta menggalakkan pembabitan orang ramai dalam penyaluran maklumat.
''Selain itu, dengan pelancaran Jom Ronda Bersepadu Midnight Walk ini juga, ia mampu mengeratkan silaturahim antara warga IPD Hulu Selangor dan membudayakan semangat kerjasama antara semua agensi serta masyarakat di daerah ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Jangan Takut Beri Maklumat
Bukit Beruntung - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor komited dalam mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat bagi memastikan maklumat kes jenayah dapat disalurkan cepat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-takut-beri-maklumat
Scan to view the latest live version.