Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jangan Klik Pautan Kemaskini Info Bank

Published: 09 Nov 2018 3.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
JANGAN KLIK PAUTAN KEMASKINI INFO BANK Orang awam dinasihat peka dengan sindiket scam yang meminta pemilik akaun mengemaskini maklumat bank dihantar melalui pesanan ringkas atau emel. Polis mengesan taktik itu kembali menular baru-baru ini menyebabkan berlakunya transaksi tidak disedari mangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-klik-pautan-kemaskini-info-bank
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:47 MYT
Jangan Klik Pautan Kemaskini Info Bank
#JomBeringat 

JANGAN KLIK PAUTAN KEMASKINI INFO BANK

Orang awam dinasihat peka dengan sindiket scam yang meminta pemilik akaun mengemaskini maklumat bank dihantar melalui pesanan ringkas atau emel.

Polis mengesan taktik itu kembali menular baru-baru ini menyebabkan berlakunya transaksi tidak disedari mangsa.

Sebaik mangsa menekan pautan laman web kemaskini akaun dan memasukkan kata laluan serta maklumat pengenalan, data itu akan diambil suspek untuk melakukan transaksi dalam talian.

Untuk membolehkan transaksi tersebut berjaya, suspek akan menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun meminta nombor TAC dengan alasan nombor TAC itu tersalah hantar ke mangsa.

Transaksi pemindahan wang dari akaun mangsa ke suspek berjaya setelah suspek mengisi nombor TAC tersebut. 

Oleh itu #JomBeringat sebelum terkena! 

Sumber : Sinar Harian


ArticlePublished 09 Nov 2018 3.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM