Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda Lampu Suluh Tinggi High Beam

Diterbitkan: 09 Nov 2018 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
FAHAMI FUNGSI LAMPU KERETA ANDA - LAMPU SULUH TINGGI (HIGH BEAM) Ramai pengguna jalan raya yang masih tidak memahami fungsi lampu pada kenderaan masing-masing dan menggunakannya pada waktu dan ketika yang tidak sesuai sebagai contoh penggunaan lampu suluh tinggi atau 'high beam'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fahami-fungsi-lampu-kereta-anda-lampu-suluh-tinggi-high-beam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:59 MYT
Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda Lampu Suluh Tinggi High Beam

#JomBeringat 
FAHAMI FUNGSI LAMPU KERETA ANDA - LAMPU SULUH TINGGI (HIGH BEAM)

Ramai pengguna jalan raya yang masih tidak memahami fungsi lampu pada kenderaan masing-masing dan menggunakannya pada waktu dan ketika yang tidak sesuai sebagai contoh penggunaan lampu suluh tinggi atau 'high beam'.

Penggunaan high beam yang tidak betul mampu mewujudkan situasi silau atau buta seketika apabila kenderaan hadapan anda melihat cermin pandang belakang.

High beam digunakan ketika tiada kenderaan di hadapan sama ada dari arah bertentangan atau haluan sama sewaktu menyusuri jalan gelap. 

Jika anda dapat lihat cahaya daripada pemandu hadapan, cepat-cepat rendahkan cahaya lampu untuk mengelak pemanduan pengguna jalan raya yang lain atau pun pejalan kaki. 

Apa yang perlu dilakukan ketika pemandu lain memberikan high beam ialah kurangkan had laju dan fokus kepada garisan jalan untuk mengelak silau. Jika arah lampu dari belakang, cuma halakan reflek cermin pandang belakang anda ke bumbung kereta.

Bertimbang rasa dan jangan pentingkan diri. Pandu cermat jiwa selamat! #JomBeringat

Sumber imej : Google
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2018 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM