Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Janda Dibunuh Guru Agama Ditahan

Diterbitkan: 06 May 2015 2.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 6 Mei - Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/janda-dibunuh-guru-agama-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Kuala Lumpur, 6 Mei - Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian.

"Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk
kanan dan kiri serta lengan kiri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa.

"Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang.

Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 May 2015 2.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM