Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jamuan Makan Malam Meraikan Mr Charles W O Neal Oleh Ydh Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mr. Charles W.O' Neal memulakan perkhidmatannya di Kuala Lumpur pada 14 April 2005. Pengalaman kerjasamanya dengan Polis Diraja Malaysia telah merentangi bidang siasatan jenayah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jamuan-makan-malam-meraikan-mr-charles-w-o-neal-oleh-ydh-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:16 MYT

Bukit Aman - 18 Jun 2010. YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad telah meraikan Mr. Charles W.O' Neal, Supervisory Special Agent, The FBI Assistant Legal Attache, Kuala Lumpur dan isteri, Corleen O'Neal di majlis makan malam di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, malam ini.

Hadir sama ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Suriati binti Md. Sobri, YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah JSJ Narkotik dan Datin Sharifah Aini binti Syed Bab, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism) dan Datin Azizah binti Hamdi, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) serta YDH Dato'-Dato' Timbalan-Pengarah PDRM.

Mr. Charles W.O' Neal memulakan perkhidmatannya di Kuala Lumpur pada 14 April 2005. Pengalaman kerjasamanya dengan Polis Diraja Malaysia telah merentangi bidang siasatan jenayah yang meliputi menentang keganasan, penipuan kewangan, memalsukan kad kredit, penculikan dan juga memperdagangkan orang.

Mr. Charles W.O' Neal telah banyak membantu dan menyelaraskan modul-modul latihan antarabangsa  dan tempatan seperti latihan rundingan tebusan, temuduga dan soal siasat, perisikan dan juga jenayah-jenayah komersial. Selain itu, beliau juga menyelaraskan beberapa lawatan sambil belajar Polis Diraja Malaysia berkaitan jenayah terancang, jenayah seksual, beberapa dialog dan juga mesyuarat di Los Angelas, San Diego, Washington DC dan juga New York.

Jamuan Makan Malam Meraikan Mr Charles W O Neal Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Ketibaan Mr. Charles W.O' Neal dan isteri disambut oleh YDH Ketua Polis Negara dan isteri di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Jamuan Makan Malam Meraikan Mr Charles W O Neal Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Mr. Charles W.O' Neal bersama YDH Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM

Jamuan Makan Malam Meraikan Mr Charles W O Neal Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Y.Bhg. Puan Sri Juriah dan tetamu meraikan Corleen O'Neal...

Jamuan Makan Malam Meraikan Mr Charles W O Neal Oleh Ydh Ketua Polis Negara
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati, sebilah keris kepada Mr. Charles W.O' Neal

Jamuan Makan Malam Meraikan Mr Charles W O Neal Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Y.Bhg. Puan Sri Juriah menyampaikan cenderahati kepada Corleen O'Neal...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM