Jamuan Makan Malam Meraikan Mr Charles W O Neal Oleh Ydh Ketua Polis Negara
Bukit
Aman - 18 Jun 2010. YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua
Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad telah meraikan
Mr. Charles W.O' Neal, Supervisory Special Agent, The FBI Assistant
Legal Attache, Kuala Lumpur dan isteri, Corleen O'Neal di majlis makan
malam di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, malam ini.
Hadir
sama ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis
Negara dan Puan Sri Suriati binti Md. Sobri, YDH CP Dato' Zul Hasnan
Najib bin Baharudin, Pengarah JSJ Narkotik dan Datin Sharifah Aini binti
Syed Bab, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas
Khas (Operasi Counter/Terrorism) dan Datin Azizah binti Hamdi, YDH DCP
Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)
serta YDH Dato'-Dato' Timbalan-Pengarah PDRM.
Mr.
Charles W.O' Neal memulakan perkhidmatannya di Kuala Lumpur pada 14
April 2005. Pengalaman kerjasamanya dengan Polis Diraja Malaysia telah
merentangi bidang siasatan jenayah yang meliputi menentang keganasan,
penipuan kewangan, memalsukan kad kredit, penculikan dan
juga memperdagangkan orang.
Mr.
Charles W.O' Neal telah banyak membantu dan menyelaraskan modul-modul
latihan antarabangsa dan tempatan seperti latihan rundingan tebusan,
temuduga dan soal siasat, perisikan dan juga jenayah-jenayah komersial.
Selain itu, beliau juga menyelaraskan beberapa lawatan sambil belajar
Polis Diraja Malaysia berkaitan jenayah terancang, jenayah seksual,
beberapa dialog dan juga mesyuarat di Los Angelas, San Diego, Washington
DC dan juga New York.

Ketibaan Mr. Charles W.O' Neal dan isteri disambut oleh YDH Ketua Polis Negara dan isteri di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Mr. Charles W.O' Neal bersama YDH Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM

Y.Bhg. Puan Sri Juriah dan tetamu meraikan Corleen O'Neal...

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati, sebilah keris kepada Mr. Charles W.O' Neal

Y.Bhg. Puan Sri Juriah menyampaikan cenderahati kepada Corleen O'Neal...