Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jalinan Syawal Kelab Sukan Dan Kebajikan Pdrm

Published: 21 Jul 2016 10.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kelab Sukan Dan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bernaung di bawah Jabatan Pengurusan PDRM hari ini telah mengadakan majlis rumah terbuka ketika sambutan lebaran masuk hari ke-16 Syawal bertempat di perkarangan Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tengah hari tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jalinan-syawal-kelab-sukan-dan-kebajikan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT


Kuala Lumpur, 21 Julai - Kelab Sukan Dan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bernaung di bawah Jabatan Pengurusan PDRM hari ini telah mengadakan majlis rumah terbuka ketika sambutan lebaran masuk hari ke-16 Syawal bertempat di perkarangan Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tengah hari tadi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah menyampaikan sumbangan kepada 36 pelajar cemerlang dari peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehinggalah ke peringkat ijazah anjuran Kelab Polis Bukit Aman.

Turut hadir dalam majlis tersebut, barisan Pengarah PDRM, Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan PDRM, pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM.


Jalinan Syawal Kelab Sukan Dan Kebajikan Pdrm
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

Jalinan Syawal Kelab Sukan Dan Kebajikan Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di meja utama

Jalinan Syawal Kelab Sukan Dan Kebajikan Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang dari peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehinggalah ke peringkat ijazah anjuran Kelab Polis Bukit Aman

Jalinan Syawal Kelab Sukan Dan Kebajikan Pdrm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada wakil pelajar cemerlang dari peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehinggalah ke peringkat ijazah anjuran Kelab Polis Bukit Aman

Jalinan Syawal Kelab Sukan Dan Kebajikan Pdrm
Sekitar majlis

 

ArticlePublished 21 Jul 2016 10.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM