Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jalinan Muhibbah Polri Pdrm Di Maktab Pdrm Ipd Sentul 3 11 15

Published: 03 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Program Pertukaran Personel antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) hari kedua diteruskan dengan mengadakan kunjungan ke Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jalinan-muhibbah-polri-pdrm-di-maktab-pdrm-ipd-sentul-3-11-15
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:11 MYT

Kuala Lumpur, 3 Nov- Program Pertukaran Personel antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) hari kedua diteruskan dengan mengadakan kunjungan ke Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Ketibaan deligasi POLRI di Maktab PDRM telah disambut oleh Komandan Maktab PDRM, SAC Dato’ Dr. Yew Chong Hooi serta pegawai-pegawai kanan.

Sesi taklimat dan perkongsian ilmu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Maktab PDRM, dan kedua-dua personel telah berkongsi idea dan ilmu berkaitan penganjuran kursus dan latihan di tempat masing-masing.

Deligasi POLRI seterusnya dibawa berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R.Munusamy.

Dalam kunjungan tersebut, deligasi POLRI telah diberikan taklimat berkenaan latar belakang dan fungsi-fungsi organisasi, di samping sesi soal jawab bagi mendapatkan maklumbalas serta pemahaman kedua-dua pihak.

Kesempatan ini dapat memberi ruang dan peluang bagi kedua-pihak bertukar-tukar pandangan serta langkah-langkah yang lebih proaktif bagi membangunkan institusi kepolisian kedua-dua negara.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
11038102_1068224599854513_1315048419018162079_n
12189789_1068224706521169_6769028279195756_n
12196044_1068224903187816_4866453564270954296_n
12108837_1068224966521143_3051177865664767378_n
12190052_1068225063187800_6485547355641039584_n
12066024_1068225353187771_1274594462494872353_n
12191499_1068225256521114_2095615025559823429_n
12193335_1068225453187761_7211717475953618877_n
12196154_1068225596521080_1271635308568308140_n


ArticlePublished 03 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM