JALINAN MUHIBBAH POLRI-PDRM DI MAKTAB PDRM, IPD SENTUL
Kuala Lumpur, 3 Nov- Program Pertukaran Personel antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) hari kedua diteruskan dengan mengadakan kunjungan ke Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Ketibaan deligasi POLRI di Maktab PDRM telah disambut oleh Komandan Maktab PDRM, SAC Dato’ Dr. Yew Chong Hooi serta pegawai-pegawai kanan.
Sesi taklimat dan perkongsian ilmu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Maktab PDRM, dan kedua-dua personel telah berkongsi idea dan ilmu berkaitan penganjuran kursus dan latihan di tempat masing-masing.
Deligasi POLRI seterusnya dibawa berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R.Munusamy.
Dalam kunjungan tersebut, deligasi POLRI telah diberikan taklimat berkenaan latar belakang dan fungsi-fungsi organisasi, di samping sesi soal jawab bagi mendapatkan maklumbalas serta pemahaman kedua-dua pihak.
Kesempatan ini dapat memberi ruang dan peluang bagi kedua-pihak bertukar-tukar pandangan serta langkah-langkah yang lebih proaktif bagi membangunkan institusi kepolisian kedua-dua negara.
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM