Jala Ikan Di Pesisir Pantai Empat Nelayan Ditahan
Pelabuhan
Klang, 28 Mac - Empat nelayan kempunan hasil tangkapan apabila dicekup
oleh Pasukan Polis Marin (PPM) ketika sedang menangkap ikan di kawasan
kurang daripada 3 batu nautika dari pantai, semalam.
Dalam
kejadian pada awal pagi, sebuah botronda PGR 29 yang sedang menjalankan
Operasi Pensura telah mengesan dua buah bot nelayan kelas B sedang
menangkap ikan di perairan Laut Tanjung Karang.
Namun,
kedua-dua bot terbabit gagal meloloskan diri daripada Polis Marin dan
telah ditahan atas kesalahan melanggar syarat lesen dibawah Akta
Perikanan 1985.
Keempat-empat nelayan warga tempatan bersama bot masing-masing dibawa ke jeti PPM P/Klang untuk tindakan lanjut.
Pegawai
Pemerintah Markas Operasi PPM P/Klang, DSP. Norzaid Muhammad Said
berkata kedua-dua bot yang ditahan telah diserahkan kepada Jabatan
Perikanan Pelabuhan Klang untuk diambil tindakan selanjutnya.
"Bot nelayan kelas B seharusnya menjalankan operasi menangkap ikan di kawasan 5 batu nautika ke atas".
"Polis
Marin memandang serius kesalahan ini kerana ia bukan sahaja merosakan
ekosistem pesisiran pantai malah boleh mengakibatkan berlaku pergaduhan
dengan nelayan pantai," katanya lagi.

Sumber : Pasukan Polis Marin Klang