Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jadikan Rumah Keluarga Port Lepas Gian

Diterbitkan: 17 Jun 2014 12.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua remaja yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang pelajar tingkatan lima ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kulim, Kedah dalam s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jadikan-rumah-keluarga-port-lepas-gian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:56 MYT
JADIKAN RUMAH KELUARGA ‘PORT’ LEPAS GIAN: 

Dua remaja yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang pelajar tingkatan lima ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kulim, Kedah dalam satu serbuan jam 4 pagi semalam. 

KPD Kulim, Supt Ghuzlan Saleh berkata, seorang daripada suspek memaklumkan rumah terbabit adalah milik keluarganya. 

"Keluarganya di Pulau Pinang. Disebabkan itulah dia mengambil peluang menjadikan kediaman berkenaan sebagai port menghisap dadah," katanya. 

"Ibu bapa juga tidak tahu kegiatannya selama ini kerana suspek sering balik rumah lewat pagi dan ada kalanya tidak balik ke rumah langsung," tambah beliau.

Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Jadikan Rumah Keluarga Port Lepas Gian
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 12.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM