Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Pengurusan Rai Pegawai Kanan Bertukar Bersara

Diterbitkan: 23 Jan 2016 11.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengadakan “Mini Golf Tournament” bagi meraikan pegawai-pegawai kanan dari jabatan tersebut yang bertukar dan bersara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jabatan-pengurusan-rai-pegawai-kanan-bertukar-bersara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:59 MYT


Petaling Jaya, 23 Januari- Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengadakan “Mini Golf Tournament” bagi meraikan pegawai-pegawai kanan dari jabatan tersebut yang bertukar dan bersara.

Program kelolaan Majlis Sukan PDRM ini telah diadakan di Tropicana Golf & Country Resort dengan penglibatan lebih kurang 20 orang pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan.

Program ini bertujuan bagi meraikan pegawai kanan yang bertukar iaitu DCP Dato’ Nor Azam Jamaludin, yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), bertukar ke Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) sebagai Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard).
 
Manakala, DCP Dato’ Shah Gzali Khan Shahadad, mantan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) juga turut diraikan selepas bersara pada wajib pada 20 Januari lalu.

Hadir sama dalam program tersebut, Pengarah Jabatan Pengurusan , CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato’ Asri Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) SAC Azisman Alias, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) SAC Zainal Abu serta pegawai kanan lain yang turut diraikan.
Jabatan Pengurusan Rai Pegawai Kanan Bertukar Bersara
 Bergambar kenangan sebelum program “Mini Golf Tournament” di mulakan
 
 
 Jabatan Pengurusan Rai Pegawai Kanan Bertukar Bersara
 Pengarah Jabatan Pengurusan , CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah bersama DCP Dato’ Asri Yusoff, DCP Dato’ Nor Azam Jamaludin dan Dato’ Shah Gzali Khan Shahadad,

Jabatan Pengurusan Rai Pegawai Kanan Bertukar Bersara
 
Aksi DCP Dato’ Nor Azam Jamaludin,Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard).

Jabatan Pengurusan Rai Pegawai Kanan Bertukar Bersara
Sekitar Majlis penyampaiah hadiah dan cenderahati kepada pegawai kanan yang bertukar/bersara

Jabatan Pengurusan Rai Pegawai Kanan Bertukar Bersara
Sekitar Majlis penyampaiah hadiah dan cenderahati kepada pegawai kanan yang bertukar/bersara


 
 
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2016 11.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM