Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Isu Tular Keratan Akhbar Pilihan Merusuh Angkara Sepasang Kekasih

Published: 12 Oct 2022 4.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lahad Datu, 12 Oktober 2022 - Pengunjung pasar malam di Jalan Mawar di sini cemas menyaksikan sekumpulan lelaki bergaduh dengan menggunakan kerusi dan topi keledar sebagai senjata pada Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/isu-tular-keratan-akhbar-pilihan-merusuh-angkara-sepasang-kekasih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:10 MYT
Lahad Datu, 12 Oktober 2022 - Pengunjung pasar malam di Jalan Mawar di sini cemas menyaksikan sekumpulan lelaki bergaduh dengan menggunakan kerusi dan topi keledar sebagai senjata pada Sabtu lalu.

Kejadian pada pukul 9 malam melibatkan sekumpulan lelaki dan seorang wanita itu kemudian tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi satu minit 44 saat.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menjalankan siasatan dan melancarkan Ops Cantas seterusnya mengenal pasti suspek terlibat.

“Seramai enam lelaki dan seorang wanita berusia 19 tahun hingga 28 tahun diberkas di tepi jalan Kampung Unta di sini pada 11.40 pagi, Ahad lalu bagi membantu siasatan.
Beliau memberitahu, kesemua suspek ditahan reman sehingga 13 Oktober ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

May be an image of 6 people and text that says 'LAHAD DATU malam Enam lelaki, seorang wanita buat onar di tapak pasar malam diberkas Merusuh angkara sepasa

ArticlePublished 12 Oct 2022 4.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM