Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Isu Tular Keratan Akhbar Pilihan Lori Dipandu Lawan Arus Langgar 2 Kenderaan Drebar Pandu Mabuk

Diterbitkan: 05 Jan 2023 3.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Iskandar Puteri, 5 Januari 2023 - Pemandu lori yang memandu melawan arus dan melanggar dua kenderaan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Link Kedua, kelmarin didapati di bawah pengaruh alkohol.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/isu-tular-keratan-akhbar-pilihan-lori-dipandu-lawan-arus-langgar-2-kenderaan-drebar-pandu-mabuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:07 MYT
Iskandar Puteri, 5 Januari 2023 - Pemandu lori yang memandu melawan arus dan melanggar dua kenderaan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Link Kedua, kelmarin didapati di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata, pemandu lori berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kejadian jam 4.30 petang itu (kelmarin) berlaku apabila lori lima tan dipandu suspek dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

“Ketika tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, suspek terlepas susur ke PTP dan dia memandu melawan arus untuk masuk ke susur itu.

“Tindakan itu menyebabkan dia merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan juga Nissan Almera dengan pemandu Mercedes Benz cedera di leher dan kaki,” katanya dalam kenyataan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 05 Jan 2023 3.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM